Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Sunday, August 28, 2011

Raya Raya Raya

Malam nie malam terakhir Ramadhan, insyaALLAH, malam ke 30. Alhamdulillah, setakat nie, bilangan teraweh yang dilakukan tidak la sebanyak mana, tetapi lebih banyak dari tahun2 lepas. Alhamdulillah.

Aktiviti-aktiviti x berfaedah as if masok panggung tgk wyg, maen game , or masok bilik kbox dah d tinggalkan sepenuhnya pada bulan puasa nie, bagi menghormati bulan Ramadhan. Bukan nk tunjuk baek , tp niat masing2, fahaman masing2. for those yg terasa tue, sorry ya. =) peringatan untuk diri sendiri jg. =)

seperti x terasa, pejam celik, pejam celik, dah nk abis da bulan Ramadhan. Syukran. Penat, mmg penat berpuasa, lebey2 lagi bila terpaksa berdiri 6 jam dan 'membebel' tanpa henti dpn student. Air liur pn kering. Nak marah pn, mcm kurang2 sket. haha ! emo pn, ada la sket2. =)

tp yg x best nya, bila ada 'orang besar' yg nk memanipulasikan diri ni. geram jg ditembak mcm2. kerja manada senang, even kerja cuci tandas pn penat jg. Aku kerja separuh mati, bknnya x buat kerja.. bknnya x mengajar.. bkn juga x berusaha. Kalau da diberi smpy 4 subjek, diberi lg tugas sampingan mcm2.. robot pn boley rosak. kalau soalan exam sudah d bagi hint, tp masih ramai yg x reti menjwb soalan, dan % 'F' itu ramai, salah pensyarah ka itu??

syarat masok kolej, setakat 3 credit, regardless from which background the students come. mcmn nk target tinggi? org laen fizik belajar bab 1 - 11 shj sudah amek masa 2 tahun (form 4 n 5), how can u expect student from art background to study fizik bab 1 - 11 for only 4-5 months?? mcm ridiculous kan?

geram betul. hadiah raya boss  bg kat aku, "aerna, klu ko xmo kasi drop itu student, u better make sure during final exam dorg pass subjek nie.. sy xmo dgr nama ko lagi balik2 naek meeting setiap semester.." ouch ! very harsh. rasanya, ranking Oct 2010 and Mac 2011 , aku berada d kedudukan top 5 and top 20 daripada 80 org lecturer ( based on student's survey). ayat dia.. ya ALLAH.. teruk sgt ka aku?? mmg kena attack migrain terus. xde mud buat keja lgsung. haiyo.

okay la. mari cerita pasal raya plak. tahun nie wish raya kurang. erm. kad raya pn kurang. cuma kolej je yg baek hati bagi kad raya , tuk bg dgn mentee. jimat kos. hee. dan mcm biasa, sb student ramai sgt (19 ja kot - yg muslim), maka, raya kali nie, ayat simple2 ja, bkn mcm taun2 lepas, ada pantun segala. =)

mood raya? haha ! baru 1 ramadhan, aku da beriya2 mau shopping raya, kat JB plak tue. hehe ! las2 mau dkt raya, pokai trus. bonus pn x byk, ckup2 untuk beli bhn2 kueh, bekas kuih, perhiasan rumah, curtain, air botol, beras dan mcm2 lg. ada jg la, RM500++ dari bonus habis ke situ sja. Ini semua mama yg mau.. mmg kenot say NO la. huhu. xpa2. duit boley d cari.. (wponk agak susah)

duit raya? alamak ! hhaha ! npkny akan berkurang la duit raya dlm sampul. bajet da lari la adik2. haha =) tp kueh byk... mai2 dtg umah, raya ke-3 ya. insyaALLAH. =)

oh! I finally made some memories with my mentees tuk ramadhan le 25 (malam ganjil). Yela, mana tau, next year , x sempat sambut Ramadhan dan Syawal bersama2. Almaklumlah, tempoh 2.5 tahun mereka dkt kolej sdh hampir dekat. Nanti akan dapat 'anak baru'. Syukran, berbuka puasa, bersolat fardhu dan bersolat teraweh bersama2 di rumah. Walaupun x ramai yg dtg, syukur, masih ada yg sudi berkongsi memori. Semoga doa setiap kita di makbulkan oleh Allah S.W.T. AMIN.

birthday mama ! 28.08.2011. Harini, tp terlupa da janji dgn dorg jos mau jmp dkt party play, berbuka puasa bersama2. alamatnya, potong kek seawal jam 5.45, tp makan nya tgu waktu berbuka. aku, lepas bergambar dan upacara potong kek, bersiap sedia mau keluar. sorry ma. apa2pn, Happy 54th birthday, Mama ! I love  u ! Sorry sb dpt anak dara pemalas buat kerja dapur (mls menyiapkan sungkai, masak lunch, sahur dan dinner) dan kurg membantu kerja2 rumah. Alasan yg mmg alasan : Penat kerja. :(

oh ! semalam aku dan abg struggle buat kueh yg dinamakan 'biskut susu'. tapi, bila rasa.. pei ! rasa tepung je lebey. x sedap.. tersangatlah ! huhu. apa buley buat.. telan je la ya. huhu habis kena 'hentam' mama sb buat kuih tak pandai nk tny pendapat dlu.. isk3..

Setakat ini saja. Update berserta gambar akan diposkan pada entri akan datang. insyaALLAH klu ada masa. hehe . till then, take care bloggers ! ^^